Smart home

Rumah pintar adalah kediaman yang dilengkapi dengan sistem automasi untuk mengawal lampu, suhu, keselamatan, dan pelbagai lagi. Hanya melalui telefon pintar atau arahan suara.

smart lighting

Kami menyediakan sistem lampu pintar yang membolehkan anda mengawal pencahayaan rumah anda dari mana-mana sahaja menggunakan aplikasi telefon atau suara. Anda boleh tetapkan jadual buka dan tutup secara automatik, ubah suasana bilik mengikut mood seperti santai, kerja atau tidur, serta menjimatkan penggunaan tenaga harian anda.

Sistem Keselamatan & CCTV

Kami tawarkan pemasangan sistem keselamatan lengkap termasuk CCTV HD, kamera pintu pintar, sistem notifikasi gerakan dan rakaman masa sebenar. Anda boleh pantau rumah anda walau di luar negara, bercuti atau bekerja. Semuanya terus dari telefon anda. Sistem ini juga boleh dihubungkan dengan penggera keselamatan dan lampu automatik untuk tindak balas segera.

Integrasi Aircond, Kipas & Sistem Pengudaraan

Kami menawarkan integrasi sistem aircond, kipas dan ventilation (pengudaraan) untuk memastikan rumah anda sentiasa selesa sambil menjimatkan tenaga. Sistem ini boleh dikawal secara automatik atau dari jauh melalui aplikasi, membolehkan anda mengoptimumkan penggunaan hanya bila perlu. Ia bukan sahaja menjimatkan bil elektrik, tetapi juga membantu mengekalkan aliran udara yang sihat dalam rumah sepanjang masa.

Integrasi Suara (Alexa, Google, Siri)

Sistem kami serasi dengan pembantu suara seperti Alexa, Google Assistant dan Siri. Anda boleh mengarahkan rumah anda hanya dengan suara seperti menyalakan lampu, menutup langsir automatik, memainkan muzik atau menyemak kamera keselamatan. Ia sangat sesuai untuk warga emas, ibu bapa sibuk, atau sesiapa sahaja yang mahukan keselesaan maksimum.

kenapa pilih kami?

Setup profesional & kemas
Servis selepas jualan
Latihan penggunaan percuma
Boleh custom ikut bajet anda